Ujian Klinikal Radiator Anti Rust

Jam pertama kedua-dua paku (A) dan (B) dilihat masih berkilat.

Selepas 8 jam karat pada paku (A) mula kelihatan tetapi paku (B)
pada campuran anti rust masih kekal berkilat.


Selepas 24 jam dapat dilihat paku (A) sudah berkarat, air menjadi kuning
tetapi paku (B) masih lagi berkilat dan air masih lagi bersih.
Perbezaan Antara Paku (A) dan Paku (B)

GAMBAR di atas ujian yang saya lakukan kepada paku. Paku yang direndam di dalam air menjadi berkarat berbanding paku yang direndam bersama radiator anti rust. Ujian ni saya lakukan sendiri di rumah untuk memudahkan anda melihat perbezaannya.

Produk ini tidak menghakis, oleh sebab itu ia tidak boleh menghakis karat-karat yang berada di dalam tangki radiator. Ia cuma berfungsi untuk mencegah karat tumbuh dan menjaga kebersihan air. Jadi cara yang seeloknya dengan membuang air lama radiator dan masukkan air baru bersama anti karat ini.

Amat sesuai untuk radiator baru atau radiator yang baru lepas diservis. Lakukan setiap 3 atau 4 bulan sekali untuk kesan yang terbaik.

Petua Jaga Gear Auto Proton Perdana

2010 proton proton-perdana 2.0 V6

Bila seburt pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah. Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana.

Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya.

Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti henjut terus kereta 200km dari KL sampai Johor.  Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana henjut 200km tanpa henti. Jadi selepas anda membaca artikal ni, anda tidak perlulah nak henjut kereta anda begitu sekali, jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara.

Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas.

Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.

Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.

radiator antirust
Anti Karat Radiator
Dengan penggunaan anti karat radiator ini ia akan melancarkan perjalanan air dan mencegah karat yang akan membuatkan saluran air tersumbat. Jika berminat saya ada menjual anti karat ini, boleh klik pada gambar diatas untuk maklumat lanjut atau hubungi saya di 013-2677460 untuk mencuba.

Bagi peminat perdana dan suka pada sistem auto maka anda perlulah menjaga gearbox auto perdana ini dengan teliti dan berdisplin. Jika anda ikut apa nasihat yang saya berikan ini, Inn Sha Allah ia akan bertahan lama. 

Yang penting jangan terlalu lasak semasa pemanduannya.






Bagaimana Thermostat Berfungsi


Video ini menunjuk thermostat yang bertindak untuk membuka dan menutup apabila dipanaskan dan disejukkan. Fungsi termostat adalah untuk mengawal saluran keluar masuk air dari water pam ke radiator.