Tentang Produk

Formula Semulajadi Air Radiator Kurang Berkarat

Sebuah penemuan baru dalam penjagaan sistem radiator kereta anda dimana dapat membantu mengurangkan jumlah karat yang hidup di dalam air tangki radiator tanpa bahan hakisan. Produk ini bukanlah seperti coolen yang digunakan untuk menyejukkan air yang berada di sistem penyejuk enjin tetapi sebuah produk yang berjaya mengurangkan kadar karat di dalam air sistem radiator termasuk termostat, water pam dan hos.

Kelebihan produk ini ialah ianya Mesra Alam kerana dihasilkan tanpa bahan hakisan atau kimia yang kuat. Jika terkena tangan anda hanya perlu basuh dengan air sahaja dan tidak memberi alahan kepada kulit. Ianya berwarna jernih kerana tiada pewarna yang dicampurkan bersama produk ini.

Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

No comments:

Post a Comment