Ujian Klinikal Radiator Anti Rust

Jam pertama kedua-dua paku (A) dan (B) dilihat masih berkilat.

Selepas 8 jam karat pada paku (A) mula kelihatan tetapi paku (B)
pada campuran anti rust masih kekal berkilat.


Selepas 24 jam dapat dilihat paku (A) sudah berkarat, air menjadi kuning
tetapi paku (B) masih lagi berkilat dan air masih lagi bersih.
Perbezaan Antara Paku (A) dan Paku (B)

GAMBAR di atas ujian yang saya lakukan kepada paku. Paku yang direndam di dalam air menjadi berkarat berbanding paku yang direndam bersama radiator anti rust. Ujian ni saya lakukan sendiri di rumah untuk memudahkan anda melihat perbezaannya.

Produk ini tidak menghakis, oleh sebab itu ia tidak boleh menghakis karat-karat yang berada di dalam tangki radiator. Ia cuma berfungsi untuk mencegah karat tumbuh dan menjaga kebersihan air. Jadi cara yang seeloknya dengan membuang air lama radiator dan masukkan air baru bersama anti karat ini.

Amat sesuai untuk radiator baru atau radiator yang baru lepas diservis. Lakukan setiap 3 atau 4 bulan sekali untuk kesan yang terbaik.

Petua Jaga Gear Auto Proton Perdana

2010 proton proton-perdana 2.0 V6

Bila seburt pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah. Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana.

Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya.

Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti henjut terus kereta 200km dari KL sampai Johor.  Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana henjut 200km tanpa henti. Jadi selepas anda membaca artikal ni, anda tidak perlulah nak henjut kereta anda begitu sekali, jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara.

Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas.

Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.

Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.

radiator antirust
Anti Karat Radiator
Dengan penggunaan anti karat radiator ini ia akan melancarkan perjalanan air dan mencegah karat yang akan membuatkan saluran air tersumbat. Jika berminat saya ada menjual anti karat ini, boleh klik pada gambar diatas untuk maklumat lanjut atau hubungi saya di 013-2677460 untuk mencuba.

Bagi peminat perdana dan suka pada sistem auto maka anda perlulah menjaga gearbox auto perdana ini dengan teliti dan berdisplin. Jika anda ikut apa nasihat yang saya berikan ini, Inn Sha Allah ia akan bertahan lama. 

Yang penting jangan terlalu lasak semasa pemanduannya.






Bagaimana Thermostat Berfungsi


Video ini menunjuk thermostat yang bertindak untuk membuka dan menutup apabila dipanaskan dan disejukkan. Fungsi termostat adalah untuk mengawal saluran keluar masuk air dari water pam ke radiator.

Tips Menghadapi Kereta Overheating Di Tengah Jalan


JIKA anda dapati tempeture kereta anda naik semasa memandu, jangan terus memandu kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Berhentilah dengan segera. Matikan enjin kereta anda dan buat sedikit pemeriksaan.

Selalunya mudah untuk kesan tempat yang bocor ni, apabila anda buka bonet kereta anda kena dengar dan cari dimana ada bunyi kebocoran air. Jika anda sudah kesan bunyi tersebur lihat samada ada air keluar atau tidak seperti di hos, radiator, waterpump dan termostat. Jika ada kebocoran bermakna kereta anda perlu ditunda dan tidak boleh dipandu.

Jika tiada kesan kebocoran bermakna mungkin air radiator anda kering, anda perlu buat pemeriksaan di tangki rizab air radiator. Jika anda lihat sudah kering bermakna ada masalah pada bahagian tertentu. Contoh-contoh masalah adalah seperti :

1. Radiator tersumbat
2. Hos air bocor
3. Termostat tersumbat
4. Kipas tidak pusing
5. Gasket bocor
6. Radiator cap tidak rapat / rosak

Buatlah pemeriksaan menyeluruh, jika kerosakan tidak begitu teruk anda boleh meneruskan perjalanan tetapi pastikan air dalam radiator sentiasa penuh.

Jangan Ambil Ringan Penutup Radiator


PENUTUP radiator selalu dipandang ringan oleh sesetengah orang. Ramai orang yang terlepas pandang akan pentingnya menjaga penutup yang kecil ni. Penutup radiator ini memainkan peranan penting dalam mengawal keluar masuk air. Jika ia tidak berfungsi air dari dalam tidak dapat keluar masuk ke tangki rizab apabila berlaku overheating dan boleh menyebabkan kebocoran pada gasket enjin.

Getah pada penutup ini juga perlu dijaga kerana jika ia keras akan berlaku kebocoran air disitu. Oleh itu getah ini juga memainkan peranan penting dalam sistem pengairan enjin kereta.

Jika anda menggunakan radiator anti-rust ia dapat mengurangkan kadar karat yang tumbuh didalam sistem pengairan enjin dan dapat mengurangkan risiko radiator tersumbat. Anti-rust ini juga dapat menjaga getah penutup radiator ini sentiasa lembut. Ia juga menjaga paip hos anda daripada keras dan merekah.


Punca Kereta Overheating

 
Punca tempeture kereta naik selalunya disebabkan oleh masalah-masalah seperti berikut :

1) tempeture naik selalu berlaku apabila sistem pengairan tersumbat akibat karat, service radiator anda di kedai radiator dalam RM 80 - RM 100 lebih kurang. ( KL area )

2) Termostat atau water pump, water pump perlu ditukar setiap 50,000 KM. Selalunya kita tukar timing belt sekali sebab jangka hayat mereka lebih kurang je. Alang2 bukak engine tuka dua2 takyah upah 2 kali.

3) Radiator Cap, jika cap tu dah longgar tekanan air didalam radiator akan kurang dan mengakibatkan temperature naik. Rm 10 - RM 15 harganya ( KL area )

4) Kipas radiator tidak berfungsi, nak pastikan start engine pastu buka air-cond. Kalau kipas x berpusing bawa ke kedai check. Kemungkinan Wiring atau pun kipas da rosak. Harga kipas RM 200++ utk Myvi dan akan berbeza mengikut jenis kenderaan.

5) Radiator bocor, senang nak check. Kalau ada air leaking kat bawah keta dengan kuantiti banyak bocor la tu. Kalo sikit itu normal, air air-cond.

Ujian Klinikal Terhadap Paku ( Video )



Video yang menunjukkan ujian karat terhadap paku. Selepas 4 jam dapati paku cawan A masih lagi berkilat manakala paku pada cawan B dapati telah mula berkarat.

Servis Radiator


JIKA anda dapati air radiator terlalu karat hendaklah diservis membuang karat yang tersumbat di dalam radiator agar tidak tersumbat. Selepas itu isi air radiator bersama anti rust agar karat tidak muncul lagi. Radiator adalah bahagian penting dalam sistem kereta kerana radiator memainkan peranan penting dalam menjaga suhu kenderaan sewaktu perjalanan jauh ataupun dekat.

Jika tempeture naik, boleh menyebabkan kereta breakdown dan yang lebih parah lagi kos membaikinya adalah tinggi. Sebab itulah mencegah lebih baik dari mengubati.


Gunakkan Anti-Rust selepas servis
radiator anda untuk dapatkan
kesan yang terbaik.

Sistem Penyejuk Enjin Kereta


Berikut adalah sistem penyejuk enjin dimana menjadi laluan air daripada radiator ke water pump dan kembali semula ke radiator. Tanpa perlindugan anti karat laluan air akan menjadi karat dan menyempitkan laluan air, lebih malang lagi ia boleh tersumbat dan berlaku over heater kepada enjin. Kos sekiranya berlaku over heater menelan kos yang banyak. 

Kenali bahagian-bahagian penting ini yang selalu manjadi punca kereta overheating :

1. Kipas 

 

2. Radiator


3. Water Pam
 

4. Sensor 
 

5. Penutup Radiator
 

6. Motor Kipas
 

7. Termostat

Masalah Radiator Karat


Gambar di atas menunjukkan karat di dalam radiator. Gunakanlah radiator anti rust untuk penjagaan air sistem penyejuk enjin agar masalah karat dapat diatasi.

Tahan Karat Dan Air Sentiasa Bersih


Tanpa Anti-karat


Dengan Anti-Karat

GAMBAR di atas adalah perbezaan antara radiator yang menggunakan anti-karat dengan radiator tanpa anti karat. Keadaan dalaman radiator kelihatan bersih tanpa karat. Selepas berminggu menggunakan anti karat ini dapati air masih bersih dan karat pun tiada.

Berbanding air tanpa anti karat, hari ini isi besok buka dah nampak air berwarna kekuningan. Jika tidak dicegah karat akan tumbuh di dalam radiator kereta anda dan boleh menyebabkan tersumbat.

Anti Karat Radiator




Radiator Anti-Rust

-100% Natural
-Tanpa bahan hakisan
-Menggunakan Bio-Teknologi
-Berwarna jernih 
-Tanpa warna
-Menjaga sistem air penyejuk enjin
-Menghalang karat tumbuh

Produk ini dihasil menggunakan sumber alam semulajadi dan tiada bahan hakisan di dalamnya. Jika terkena tangan atau kulit basuh sahaja dengan air bersih. Produk ini berwarna jernih dan mengandungi 500ml sebotol. Produk ini bukan bertindak untuk menghakis atau menanggalkan karat di dalam radiator tetapi berfungsi sebagai menjaga tahap kebersihan air untuk mengawal karat tumbuh dengan cepat. Harga sebotol RM20 dan tambahan RM10 untuk urusan pos, untuk membeli terus COD Shah Alam. Boleh Call/Sms/W'App saya di 013-2677460.

Cara penggunaan :

1. Buang semua air di dalam radiator.
2. Setelah kosong, isi setengah botol radiator anti-rust kedalam radiator.
3. Isi semula air baru.
4. Selepas sebulan atau dua bulan tukar semula dengan air baru dan tambah dengan separuh lagi baki antirust.

Untuk kesan yang terbaik gunakan selepas anda servis radiator anda.

P/S : Pastikan air di dalam radiator penuh sebelum memulakan perjalanan.