Tips Menghadapi Kereta Overheating Di Tengah Jalan


JIKA anda dapati tempeture kereta anda naik semasa memandu, jangan terus memandu kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Berhentilah dengan segera. Matikan enjin kereta anda dan buat sedikit pemeriksaan.

Selalunya mudah untuk kesan tempat yang bocor ni, apabila anda buka bonet kereta anda kena dengar dan cari dimana ada bunyi kebocoran air. Jika anda sudah kesan bunyi tersebur lihat samada ada air keluar atau tidak seperti di hos, radiator, waterpump dan termostat. Jika ada kebocoran bermakna kereta anda perlu ditunda dan tidak boleh dipandu.

Jika tiada kesan kebocoran bermakna mungkin air radiator anda kering, anda perlu buat pemeriksaan di tangki rizab air radiator. Jika anda lihat sudah kering bermakna ada masalah pada bahagian tertentu. Contoh-contoh masalah adalah seperti :

1. Radiator tersumbat
2. Hos air bocor
3. Termostat tersumbat
4. Kipas tidak pusing
5. Gasket bocor
6. Radiator cap tidak rapat / rosak

Buatlah pemeriksaan menyeluruh, jika kerosakan tidak begitu teruk anda boleh meneruskan perjalanan tetapi pastikan air dalam radiator sentiasa penuh.

Jangan Ambil Ringan Penutup Radiator


PENUTUP radiator selalu dipandang ringan oleh sesetengah orang. Ramai orang yang terlepas pandang akan pentingnya menjaga penutup yang kecil ni. Penutup radiator ini memainkan peranan penting dalam mengawal keluar masuk air. Jika ia tidak berfungsi air dari dalam tidak dapat keluar masuk ke tangki rizab apabila berlaku overheating dan boleh menyebabkan kebocoran pada gasket enjin.

Getah pada penutup ini juga perlu dijaga kerana jika ia keras akan berlaku kebocoran air disitu. Oleh itu getah ini juga memainkan peranan penting dalam sistem pengairan enjin kereta.

Jika anda menggunakan radiator anti-rust ia dapat mengurangkan kadar karat yang tumbuh didalam sistem pengairan enjin dan dapat mengurangkan risiko radiator tersumbat. Anti-rust ini juga dapat menjaga getah penutup radiator ini sentiasa lembut. Ia juga menjaga paip hos anda daripada keras dan merekah.